Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan
Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !
Menjelang hari-hari akhir tempoh haid & nifas, warna darah haid & nifas akan beransur-ansur berubah kepada warna yang lebih cerah. Menurut jumhur ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid & nifas iaitu:
1.Keluar cecair berwarna putih (Qassah
al-Baidha’
Setelah warna darah telah beransur-ansur berubah menjadi warna cerah, pada hari terakhir haid, akan keluarlah sejenis cecair berwarna putih dari qubul wanita. Hal ini dibuktikan melalui hadith daripada Aisyah r.anha:
“Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih’” (Riwayat Malik)
2. Kering (Jaff)
Selain dari petanda keluarnya cairan berwarna putih dari qubul wanita yang suci dari haid & nifas, terdapat satu lagi petanda suci iaitu kering dari sebarang warna darah. Ia boleh diperiksa dengan memasukkan sejenis kain kapas berwarna putih ke dalam vagina. Jika tiada sebarang tanda darah yang keluar, maka wanita tersebut bolehlah bersegera mandi wajib (ghusul) dan menunaikan ibadah-ibadah yang diharamkan baginya sepanjang tempoh haid& nifas.
Dua petanda suci di atas berdasarkan hadith dan juga istiqra’ yang dilakukan pada satu-satu zaman oleh ulama mereka. Ternyata ia amat menjadi panduan kepada wanita hari ini.
Keluar
Cecair Keruh atau Kuning selepas Mandi Wajib?
Wanita mesti bersegera mandi
wajib sebaik sahaja mendapati dirinya telah suci dari darah haid dan nifas
melalui dua petunjuk yang telah dibahaskan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan
wanita yang mengalami situasi yang mana keluar pula cecair keruh atau kuning selepas
wanita tersebut mandi wajib.
Dalam situasi itu, wanita tersebut tidak lagi dikira haid atau nifas kerana
cecair yang keluar selepas tempoh waktu haid atau nifas tidak lagi dikira
berada dalam haid atau nifas. Hal ini dipersetujui oleh para ulama berdasarkan
hadith yang diriwayatkan daripada Ummu ‘Athiyah r.anha yang bermaksud:
“Kami tidak mengira cecair keruh
dan kuning yang keluar setelah berhentinya darah haid (sebagai darah
haid)” (Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan
Ibnu Majah).
Keluar
Cecair Keruh atau Kuning beberapa hari sebelum haid?
Ramai juga wanita yang mengalami
keluarnya cecair keruh atau kuning beberapa hari sebelum haid. Dalam kes
seperti ini, wanita tersebut tidak lagi dikira haid dan dia wajib mengerjakan
ibadah berdasarkan hadith Ummu ‘Athiyah di atas.
Jika seorang wanita itu keluar cecair berwarna hitam dan berbau busuk
(bukan cecair keruh atau kuning) tepat dalam tempoh haidnya (sekiranya dia
mempunyai adat tempoh haid), maka wanita tadi telah dikira haid. Hal ini kerana
darah haid biasanya akan bermula dengan warna hitam atau merah pekat
seakan-akan hitam.
Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !
Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !
Sumber: Zizi Azlinda


No comments:
Post a Comment