Air wadi merupakan antara air yang keluar daripada kemaluan lelaki dan wanita yang dikategorikan sebagai najis. Ramai diantara kita yang tidak tahu tentang perkara ini dan menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah kerana terdapat najis pada badan dan pakaian.
Air Wadi akan
keluar daripada kemaluan lelaki atau wanita sesudah membuang air besar atau
kerana melakukan perkerjaaan yang berat. Ia terjadi secara spontan dan tidak
dirasai oleh kita. Ia sebenarnya antara penyebab solat yang dikerjakan tidah
sah tanpa kita sedari.
Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !
Contoh Keluarnya Air Wadi
Contohnya
kita berjalan ronda shopping complex 2,3 kali ( Ini satu kerja kuat ni). Tanpa
kita sedari, air wadi keluar daripada kemaluan. Apabila sampai waktu solat,
adakah kita ke tandas terlebih dahulu untuk bersihkan apa yang patut atau terus
berwuduk dan solat tanpa bersihkan dahulu kemaluan?
Kalau buka
seluar dalam? Ya. Itu sebaiknya tetapi ia tetap perlu dibasuh terlebih dahulu
sebelum berwuduk dan bersolat. Kemaluan seeloknya dibersihkan terlebih dahulu
sebelum bersolat kerana dikhuatiri ada air wadi yang keluar tanpa kita sedari.
Begitu juga
setelah bangkit dari tidur, tanpa membersihkan kemaluan dan terus bersolat.
Kita sendiri tak tahu mungkin ketika tidur mungkin terkeluarnya air wadi atau
air kencing sekalipun tanpa kita sedari ketika tidur. Ini menyebabkan solat
tidak sah.
Seeloknya
mandi terlebih dahulu sebelum Solat Subuh. Ia akan membersihkan badan daripada
kekotoran dan juga najis yang terdapat pada badan samada sengaja atau tidak
sengaja. Badan kita terdapat najis-najis yang mungkin keluar seperti air
kencing, air wadi dan juga air mazi.
Jika
terkeluar air mani, maka perlu mandi wajib terlebih dahulu.
Alternatif,
gunakan pantiliner jika keluar rumah dan pastikan kemaluan dibersihkan,
pantiliner ditukar baru sebelum bersolat. Pastikan juga tidak terdapat sebarang
najis terlekat pada seluar dalam. Ini memastikan keluar dalam yang dipakai
tidak terkena najis. Kita tidak boleh membawa najis ketika solat, contohnya
seluar dalam terkena najis. Kita masukkannya ke dalam poket ketika bersolat. Ini
menjadikan solat berkenaan tidak sah kerana ada najis pada pakaian kita.
Selain itu, gunakan pembersih wanita yang Selamat dan Berkesan bagi membantu menghilangkan atau mengawal keputihan.
Ramai yang
ambil mudah perkara ini sebelum bersolat. Inilah penyebab solat tidak sah dan
doa tidak dimakbulkan. Sama sama kita bermahasabah diri untuk menjadi seorang
yang lebih baik.
Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !
Sumber:
Masalahwanita.com



No comments:
Post a Comment