Tuesday, 20 February 2018

Tips Penjagaan Alat Sulit Wanita


Kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita tidak boleh dipandang ringan oleh semua wanita.  Ini disebabkan sifat Cik V yang sensitif kepada keadaan sekitarnya dan senang dijangkiti kuman.  Kebersihan Cik V perlu dijaga kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran haid, hubungan seks dan kehamilan.  Senang cakap, Cik V adalah aset penting bagi semua wanita.  Sebagai aset, haruslah ia dijaga dengan baik supaya sentiasa bersih dan sihat.


Kecantikan dalaman akan mengeluarkan persona dari dalam dan tampil lebih yakin.


Fakta dari Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa 90% daripada wanita mengalami masalah dengan Cik V mereka.  Di antara masalah yang lazim ialah kegatalan di sekitar Cik V, keputihan tidak normal, bisul dan jangkitan saluran kencing atau kencing kotor (urinary tract infection).  Kebanyakan masalah ini berpunca daripada penjagaan kebersihan dan kesihatan Cik V yang tak sempurna.





Penjagaan Alat Sulit Wanita Amat Penting Untuk Keselesaan


Mesti tak selesakan kalau anda mengalami kegatalan di sekitar Cik V.  Atau keputihan anda berbau dan banyak.  Kalau kena UTI pula, aduh… sakitnya.  Kegiatan harian anda boleh terganggu bila Cik V ada masalah.  Mood pun melayang, kan?  Jadi, mari saya kongsikan beberapa tips penjagaan Cik V untuk mendapatkan Cik V yang sihat.

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !



Tujuh Tips Penjagaan Alat Sulit Wanita


  1. Bilas bahagian luar dan dalam Cik V dengan air bersih selepas buang air kecil atau besar. Elak gunakan tisu basah kerana dikhuatiri tidak dibersihkan dengan betul dan boleh mengakibatkan jangkitan kuman.
  2. Elakkan dari menggunakan sabun mandi untuk mencuci Cik V kerana sabun mandi boleh menyebabkan kulit di sekitar Cik V menjadi kering dan akhirnya mengakibatkan masalah iritasi kulit (skin irritation).
  3. Jangan melakukan douching – memasukan jari atau pancutan air ke dalam faraj untuk membersihkan bahagian dalam faraj kerana perbuatan ini akan menyingkirkan bakteria loctobacilli dari faraj.
  4. Tukar tuala wanita dan alas seluar dalam (pantyliner) dengan sekerap yangmungkin. Ini dapat mengelakkan pembiakan kuman yang mudah tersebar melalui darah ketika kedatangan haid dan alas seluar dalam yang sering ditukar juga membantu menjaga Cik V dari masalah kuman.
  5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, cuci Cik V sebelum dan selepas hubungan kelamin.
  6. Buang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan kelamin untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
  7. Pakai seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas (cotton). Elakkan pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !




Sumber: Hariz

No comments:

Post a Comment