Monday, 5 March 2018

Haid di kalangan wanita berbeza usia


Bersama: Dr. S. Silvam (Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)


Soalan 1: Belum datang haid

DOKTOR, SAYA berumur 15 tahun dan mempunyai beberapa soalan yang ingin ditanyakan. Saya berasa risau kerana saya belum lagi datang haid sehingga kini.

Saya juga menghadapi masalah keputihan yang bermula sejak akhir umur saya enam tahun. Apakah ini merupakan masalah yang teruk atau sebaliknya?


Perlukah saya berjumpa dengan pakar atau adakah ini cuma sesuatu yang dipengaruhi oleh tubuh badan seseorang?

- Winawati, Perak.


Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !



Jawapan:


Wanita selalu memasuki alam remaja atau baligh dalam lingkungan umur sembilan hingga 16 tahun.


Mereka akan mengalami perubahan dari segi fizikal (pada bahagian buah dada dan kemaluan) disebabkan oleh perubahan hormon.


Dalam jangka waktu ini juga mereka akan mendapat haid pertama (menarche), selalunya dalam umur antara 12 ke 13 tahun.


Dalam kes saudari, masalah belum ada haid perlu dirujuk kepada pakar sakit puan.


Penelitian pakar sakit puan penting untuk memastikan perubahan fizikal (secondary sexual charaeteriatics) adalah mengikut masa dan organ wanita dalaman (internal & external genetelin) serta paras hormon adalah normal.


Bagi masalah keputihan pula, keputihan boleh berlaku kebanyakan masa disebabkan oleh jangkitan fungus (kulat).


Walaupun ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang sudah berumah tangga atau sudah melakukan hubungan seks, ia masih boleh berlaku kepada anak gadis yang belum pernah melakukan hubungan seks.


Dengan rawatan dan nasihat doktor, keadaan ini adalah mudah untuk ditangani.



Soalan 2: Haid tidak seimbang


Doktor,
Doktor, saya wanita bekerja pejabat, berumur 45 tahun dengan ketinggian lima kaki tiga inci (5'3") dan berat badan 56 kilogram.


Saya juga masih bujang (dara) tetapi mengalami masalah haid tidak datang sejak Julai 2007.


Sebelum itu juga, putaran haid saya datang dalam keadaan tidak sekata antara dua atau tiga bulan sekali.


Akan tetapi sebelum umur saya 40 tahun, kedatangan haid adalah mengikut jadual bulanan dengan teratur.


Untuk pengetahuan doktor, kesihatan diri saya adalah amat baik dan masih cergas dengan aktiviti harian seperti pergi kelas malam (tuisyen), berjoging selepas bangun pagi serta membuat kerja-kerja lain.


Saya cergas dan tidak letih walaupun saya jarang makan pemakanan tambahan seperti ubat EPO atau multi-vitamin.


Setelah menyemak kesan-kesan sampingan pra-menopaus seperti panas badan, letih, mudah tersinggung (moody) atau berdebar-debar itu pun tidak ada pada badan saya.


Soalan saya, mengapa terjadi begini? Untuk pengetahuan tuan doktor saya belum lagi berkesempatan berjumpa doktor perubatan.

-Fiz


Jawapan:


Masalah kesihatan Fiz telah diteliti dan didapati tahap kesihatan anda adalah memuaskan dalam aspek-aspek berikut, yang selalu berkait rapat dengan masalah haid.


Anda bukan seorang yang berlebihan berat badan atau ‘obes’.


Anda tidak pernah sakit serius atau melalui radioterapi atau pembedahan dan juga tidak mengalami tanda-tanda pra-menopaus atau menopaus.


Masalah haid boleh disebabkan oleh beberapa perubahan pada ovari (beg telur).


Ovari yang mengalami perubahan yang dinamakan ‘polycystic ovarian syndrome’ dimana telurnya tidak dikeluarkan setiap bulan (anovolution) boleh melambatkan atau menyebabkan haid kurang teratur.


Ovari juga boleh berubah dengan hadirnya sel-sel tumor yang boleh mengeluarkan hormon androgenik yang boleh melambatkan haid.


Satu lagi perkara yang penting ialah masalah tekanan jiwa yang kuat atau ‘stress’ yang berlebihan juga boleh melambatkan haid.


Saya mengesyorkan agar anda berjumpa dengan pakar sakit puan terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan ujian lanjut untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi.


Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !



Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, 2 March 2018

Petanda Suci Selepas Haid & Nifas











Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !

Menjelang hari-hari akhir tempoh haid & nifas, warna darah haid & nifas akan beransur-ansur berubah kepada warna yang lebih cerah. Menurut jumhur ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid & nifas iaitu:

1.Keluar cecair berwarna putih (Qassah al-Baidha’

Setelah warna darah telah beransur-ansur berubah menjadi warna cerah, pada hari terakhir haid, akan keluarlah sejenis cecair berwarna putih dari qubul wanita. Hal ini dibuktikan melalui hadith daripada Aisyah r.anha:

“Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih’” (Riwayat Malik)


2.    Kering (Jaff)
Selain dari petanda keluarnya cairan berwarna putih dari qubul wanita yang suci dari haid & nifas, terdapat satu lagi petanda suci iaitu kering dari sebarang warna darah. Ia boleh diperiksa dengan memasukkan sejenis kain kapas berwarna putih ke dalam vagina. Jika tiada sebarang tanda darah yang keluar, maka wanita tersebut bolehlah bersegera mandi wajib (ghusul) dan menunaikan ibadah-ibadah yang diharamkan baginya sepanjang tempoh haid& nifas.

Dua petanda suci di atas berdasarkan hadith dan juga istiqra’ yang dilakukan pada satu-satu zaman oleh ulama mereka. Ternyata ia amat menjadi panduan kepada wanita hari ini.




Keluar Cecair Keruh atau Kuning selepas Mandi Wajib?
Wanita mesti bersegera mandi wajib sebaik sahaja mendapati dirinya telah suci dari darah haid dan nifas melalui dua petunjuk yang telah dibahaskan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan wanita yang mengalami situasi yang mana keluar pula cecair keruh atau kuning selepas wanita tersebut mandi wajib.

Dalam situasi itu, wanita tersebut tidak lagi dikira haid atau nifas kerana cecair yang keluar selepas tempoh waktu haid atau nifas tidak lagi dikira berada dalam haid atau nifas. Hal ini dipersetujui oleh para ulama berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Ummu ‘Athiyah r.anha yang bermaksud:

“Kami tidak mengira cecair keruh dan kuning yang keluar setelah berhentinya darah haid (sebagai darah haid)”  (Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah).

 
Keluar Cecair Keruh atau Kuning beberapa hari sebelum haid?
Ramai juga wanita yang mengalami keluarnya cecair keruh atau kuning beberapa hari sebelum haid. Dalam kes seperti ini, wanita tersebut tidak lagi dikira haid dan dia wajib mengerjakan ibadah berdasarkan hadith Ummu ‘Athiyah di atas.

Jika seorang wanita itu keluar cecair berwarna hitam dan berbau busuk (bukan cecair keruh atau kuning) tepat dalam tempoh haidnya (sekiranya dia mempunyai adat tempoh haid), maka wanita tadi telah dikira haid. Hal ini kerana darah haid biasanya akan bermula dengan warna hitam atau merah pekat seakan-akan hitam.

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !

Sumber: Zizi Azlinda  

Wednesday, 28 February 2018

Risiko Jangkitan Penyakit Kelamin




 









SOALAN


Doktor, saya pernah terbaca berkenaan penyakit kelamin. Adakah sama dengan penyakit tularan seks? Apakah organisma yang biasa menyebabkan penyakit ini? 

  • Anne, Sabah



Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !




Jawapan


Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks atau hubungan kelamin. Ini dikenali sebagai sexually transmitted disease (STD) atau venereal disease (VD). Organisma yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus, protozoa dan fungus.


Namun, penggunaan jarum secara rambang oleh penagih dadah juga boleh dijangkiti dengan penyakit kelamin. Penyakit ini juga boleh merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.


Individu boleh dijangkiti penyakit kelamin melalui perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan kondom sama ada melalui faraj (vagina), dubur atau seks secara oral, ciuman, menyentuh kawasan yang dijangkiti dan berkongsi jarum daripada penghidap AIDS dan Hepatitis B.


Seseorang yang menghidap penyakit kelamin boleh dijangkiti dan berpotensi menjangkiti orang lain tanpa menunjukkan tanda-tanda penyakit.


Sesetengah penghidap penyakit kelamin juga boleh merebak melalui penggunaan jarum penagih dadah selepas digunakan oleh orang yang dijangkiti penyakit kelamin. Ia juga boleh berjangkit sewaktu proses pelahiran dan semasa menyusukan bayinya.





Di Malaysia, kes penyakit kelamin meningkat dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Antara sebab bertambahnya kes adalah pendedahan awal kepada aktiviti seks dan melakukan hubungan seks bebas pada usia yang muda.


Penyakit kelamin adalah infeksi yang disebabkan oleh bakteria, virus, protozoa dan parasit yang pada umumnya dijangkiti melalui hubungan seks, baik melalui alat kelamin, anus (dubur) mahupun secara seks oral. Kebanyakan penyakit kelamin dapat menular melalui hubungan seks serta kontak langsung dari kulit ke kulit. Organisme penyebab penyakit kelamin juga dapat tersebar tanpa hubungan seks, iaitu semasa transfusi (pemindahan) darah dan pemindahan organ atau transplantasi.


Penyakit kelamin seperti Gonorrhea, Hepatitis B, HIV, HPV, HSV-2 dan Sifilis juga dapat ditularkan daripada ibu ke anak semasa hamil dan semasa proses pelahiran.


Seseorang dapat dijangkiti penyakit kelamin tanpa gejala atau simptom yang jelas. Pada kebiasaannya, penyakit kelamin akan dimanifestasi dengan gejala pengeluaran lendir atau keputihan dari vagina (faraj), sakit pada bahagian ari-ari dan juga pengeluaran cairan daripada penis (zakar) bagi lelaki.


Penyakit kelamin dapat dijangkiti daripada ibu kepada bayi. Ini boleh mengakibatkan bayi meninggal dunia ketika kelahiran, kematian semasa peringkat neonatal, kelahiran bayi pramatang, jangkitan kuman (sepsis), radang paru-paru (pneumonia), konjungtivitis neonatal dan cacat bawaan atau cacat kongenital.


Penyakit kelamin boleh dicegah dengan pendidikan seks berkenaan penyakit kelamin serta kaunseling yang komprehensif.


Namun, kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat, kurangnya ahli paramedik yang terlatih dalam bidang ini dan juga pandangan buruk masyarakat terhadap penyakit kelamin, serta pendidikan seks yang masih dianggap tabu menjadi hambatan terbesar saat ini.



Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !





Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 26 February 2018

Haid Tidak Teratur @ Putus-Putus



Setiap wanita mengalami kebiasaan haid yang tersendiri. Masalah haid sememangnya patut diketahui dengan jelas. Mungkin wanita yang mengalami beberapa masalah berkaitan haid adalah diri-sendiri, isteri, ibu, kakak, adik perempuan atau saudara mara perempuan kita. Situasi haid seorang wanita wajib dipelajari kerana ia mempengaruhi hukum hakam kesahihan segenap ibadahnya sebagai contoh solat, puasa, haji, iddah, taharah, talak, khuluk, hubungan kelamin dan banyak lagi.


Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !




2 situasi wanita yang mengalami darah haid yang tidak teratur:


1.       Bertambah atau berkurangnya masa haid- Misalnya, kebiasaan tempoh haidnya ialah 7 hari tetapi pada bulan ini, darah haid hanya keluar 6 hari. Begitu juga sebaliknya, adat kebiasaannya ialah 7 hari tetapi pada bulan ini, darah keluar selama 8 hari.

2.       Cepat atau lambat datangnya haid- Misalnya, haidnya biasa berlaku pada awal bulan tetapi pada bulan lepas darah haidnya keluar akhir bulan. Begitu juga sebaliknya.

Solusi
Solusi kepada 2 situasi di atas dinukilkan oleh al-Darimi di dalam Al-Majmu' Syarhul Muhadzdzab di mana beliau berpendapat ‘illat (alasan) kepada hukum itu ialah kewujudan darah haid itu sendiri. Jika ada darah, maka hukumnya sedang kotor. Jika tiada darah, maka hukumnya sedang suci. Hukum ini juga menjadi pilihan Imam Syafii, Ibn Taimiah dan Ibn Qudamah, pengarang kitab Al-Mughni. Berdalilkan kepada mafhum firman Allah bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu suatu kotoran". Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci" (Al-Baqarah :222)





Haid Putus-putus dalam satu tempoh haid


Terdapat satu lagi situasi yang agak sulit. Ia biasa terjadi kepada wanita-wanita iaitu sehari keluar darah, sehari lagi tidak keluar darah.

Solusi
Meneliti kajian mendalam para ulama, Syaikh Muhammad bin Shaleh al-‘Utsaimin meletakkan masalah tersebut kepada dua kondisi:

1.       Jika hal itu selalu terjadi pada setiap waktu, maka itu adalah darah istihadah. Berlaku hukum ke atas dirinya hukum istihadah; kembali kepada pendapat jumhur ulama ,15 hari kotor, 15 hari bersih.

2.       Jika hal itu berlaku kadang-kadang sahaja dan dia juga mempunyai adat kebiasaan yang tepat, maka sekali lagi para ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum di sini. Bagaimanapun, Imam Syafii, Ibn Taimiah dan Ibn Qudamah memilih untuk menetapkan bahawa selagi dalam adat tempoh haid, hari yang tidak keluar darah juga dihukumi masih haid, kecuali berlaku salah satu petanda suci pada dirinya iaitu keluarnya lendir putih atau darahnya kering pada akhir masa kebiasaannya.

Menurut Muhammad Nuruddin al-Makki, penulis buku Hukum dan Persoalan Darah-darah Haid, Nifas&Istihadah, Imam Syafii menambah 3 syarat untuk menghukum wanita itu masih dalam haid ketika hari darah tidak keluar dalam tempoh haidnya:

1.       Hari bersih dilingkungi antara 2 haid

2.       Tempoh bersih tidak melebihi 15 hari

3.       Darah yang keluar tidak kurang dari tempoh minimum haid iaitu sehari semalam.

Semoga dengan penjelasan ringkas ini membantu meleraikan kekusutan wanita-wanita mutahayyirah dan selamat beribadah dengan tenang.  



Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !





Posted by Zizi Azlinda  

Friday, 23 February 2018

Air Wadi Punca Solat Wanita Tidak Sah

Air wadi merupakan antara air yang keluar daripada kemaluan lelaki dan wanita yang dikategorikan sebagai najis. Ramai diantara kita yang tidak tahu tentang perkara ini dan menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah kerana terdapat najis pada badan dan pakaian.




Air Wadi akan keluar daripada kemaluan lelaki atau wanita sesudah membuang air besar atau kerana melakukan perkerjaaan yang berat. Ia terjadi secara spontan dan tidak dirasai oleh kita. Ia sebenarnya antara penyebab solat yang dikerjakan tidah sah tanpa kita sedari.



Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !




Contoh Keluarnya Air Wadi


Contohnya kita berjalan ronda shopping complex 2,3 kali ( Ini satu kerja kuat ni). Tanpa kita sedari, air wadi keluar daripada kemaluan. Apabila sampai waktu solat, adakah kita ke tandas terlebih dahulu untuk bersihkan apa yang patut atau terus berwuduk dan solat tanpa bersihkan dahulu kemaluan?

Kalau buka seluar dalam? Ya. Itu sebaiknya tetapi ia tetap perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum berwuduk dan bersolat. Kemaluan seeloknya dibersihkan terlebih dahulu sebelum bersolat kerana dikhuatiri ada air wadi yang keluar tanpa kita sedari.

Begitu juga setelah bangkit dari tidur, tanpa membersihkan kemaluan dan terus bersolat. Kita sendiri tak tahu mungkin ketika tidur mungkin terkeluarnya air wadi atau air kencing sekalipun tanpa kita sedari ketika tidur. Ini menyebabkan solat tidak sah.


Seeloknya mandi terlebih dahulu sebelum Solat Subuh. Ia akan membersihkan badan daripada kekotoran dan juga najis yang terdapat pada badan samada sengaja atau tidak sengaja. Badan kita terdapat najis-najis yang mungkin keluar seperti air kencing, air wadi dan juga air mazi.

Jika terkeluar air mani, maka perlu mandi wajib terlebih dahulu.






Alternatif, gunakan pantiliner jika keluar rumah dan pastikan kemaluan dibersihkan, pantiliner ditukar baru sebelum bersolat. Pastikan juga tidak terdapat sebarang najis terlekat pada seluar dalam. Ini memastikan keluar dalam yang dipakai tidak terkena najis. Kita tidak boleh membawa najis ketika solat, contohnya seluar dalam terkena najis. Kita masukkannya ke dalam poket ketika bersolat. Ini menjadikan solat berkenaan tidak sah kerana ada najis pada pakaian kita.

Selain itu, gunakan pembersih wanita yang Selamat dan Berkesan bagi membantu menghilangkan atau mengawal keputihan.

Ramai yang ambil mudah perkara ini sebelum bersolat. Inilah penyebab solat tidak sah dan doa tidak dimakbulkan. Sama sama kita bermahasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik.



Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !






Sumber: Masalahwanita.com

Wednesday, 21 February 2018

Saya, keputihan dan GBS





Saya mengalami keputihan sejak dari alam persekolahan menengah lagi. Ketika itu, saya tidak tahu apa itu keputihan? Dan kesannya yang serius akan ibadah solat dan waduk kita. Keadaan berlarutan sehingga universiti. Warna keputihan itu semakin kuning, koko dan kelabu. Sudah tentu ia membuatkan vagina gatal, berbau dan tidak selesa. Namun, saya tidak pernah 'google' cara penyelesaiannyan kerana menganggap tidak akan membawa kepada masalah lain.


Setelah berkahwin, keputihan masih ada. Semasa mengandung anak pertama dan kedua juga masih keluar keputihan itu. Cuma, yang membuatkan saya risau sedikit kali ini ialah cara rembesannya berlainan sedikit terutama semasa mengandung anak kedua. keluarnya keputihan seperti keluar air kencing. Laju, banyak sangat dan warna kuning. Bahkan, semasa solatpun keputihan itu keluar dengan laju sehingga terbit rasa keliru. air kencingkah? haidkah? keputihankah?


Ketika itu, saya berada di perantauan. Syria. Semasa ujian pemeriksaan bulanan antanatal, Doktor Ghufran al-Hissan, doktor perempuan arab yang baik hati itu mengatakan bahawa, itu normal bagi ibu-ibu mengandung. Sesetengah ibu-ibu akan kengalami perkara itu. Namun, jika saya berasa bimbang lagi, Dr Ghufran menawarkan untuk membuatkan swab vagina untuk memastikan apakah ia bahaya atau tidak. Sementelah mendengar keputihan itu biasa dan normal bagi wanita mengandung, saya kemudiannya menolak tawarannya dek tidak mahu membayar lebih. Biasalah hidup di negara orang, bukannya ada duit sangat pun.


Sekembali dari Syria ke Malaysia, Allah izin saya mengandung lagi anak ketiga. Perkara yang sama berlaku. Oh, keputihan lagi. Setelah berlaku sakit kontraksi, air ketuban pecah berwarna kuning dan berbau hanyir. Doktor cakap air ketuban sudah bernanah sebab warna kuning. Dipendekkan cerita saya ke hospital berdekatan dengan tempat penginapan kami sekeluarga ketika itu iaitu Petaling Jaya. Dipendekkan cerita lagi, saya terpaksa dibedah atas beberapa faktor. Pengalaman terburuk dalam hidup seorang wanita apabila terpaksa bersalin secara pembedahan.

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !




Alhamdulillah, lahir seorang putera dengan berat 3.2kg. Bayi saya perlu dimasukkan ke NICU kerana sewaktu keluar dari perut saya, dia tidak menangis. Doktor risau dan terus ditolak ke NICU. Ujian darah saya dan anak dibuat mendapati rahim saya dijangkiti virus GBS.


Apabila saya bertanya kepada doktor apakah punca GBS, doktor hanya bagitahu, dalam dunia ini, 20%-50% wanita memang ada GBS. Dan virus GBS hanya menyerang wanita mengandung sahaja. hurmm..saya tidak berpuas hati dengam jawapan tersebut. Sebab saya nak tahu apakah puncanya?
Saya google and buat research sendiri.


GBS atau nama penuhnya group beta streptococcus. Sejenis bakteria sama seperti bakteria candida. Ya, candida itu keputihan yang biasa. Tetapi GBS pula keputihan yang ada pada ibu-ibu mengandung! That's it! Rupa-rupanya puncanya adalah keputihan!




"GBS, or Group Beta Streptococcus, is an colonization that affects many people and around 1/4 to 1/3 of women in the third trimester of pregnancy. Many people carry this bacteria in their digestive systems with no problem, but it can cause complications in a newborns of mothers who are colonized." (http://wellnessmama.com/8680/avoid-gbs/)



Kepada kaum hawa di luar sana, berhati-hatilah. Apabila keputihan kita luar biasa dan abnormal, ia boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih bahaya.





Bahaya ke GBS?


Secara ringkas, apa yang saya dapat dari beberapa url western tersebut GBS BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA SI ANAK yang baru lahir. Anak boleh stillbirth (mati walaupun berjaya dilahirkan)! Pengalaman saudara kepada ipar saya, ketika kandungannya berusia 5-6 bulan, dia sudah melahirkan anaknya tetapi sayangnya bayi tersebut meninggal. Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengesahkan ibunya dijangkiti GBS juga. Si ibu langsung tidak mengetahui bahawa dia ialah pembawa GBS.

"However, there's a small risk that GBS can pass to the baby during childbirth. Rarely, GBS infection in newborn babies can cause serious complications that can be life threatening. Extremely rarely, GBSinfection during pregnancy can also cause miscarriage, early (premature) labour or stillbirth. "(www.nhs.uk/chq/pages/2037.aspx?categoryid=54)

Natural Remedies of GBS.



Saya lebih berminat merawat sendiri jangkitan bakteria GBS tadi secara natural healing. Saya mengamalkan beberapa tip yang diberi seperti berikut yang diperolehi dari carian di internet


·       Took 2,000 mg of Vitamin C in divided doses each day

·       Consuming 2 cloves of raw garlic each day by finely mincing them and drinking them down with water

·       Consuming at least 1/4 cup of coconut oil daily for its antibacterial/antiviral properties

·       Using a diluted apple cider vinegar rinse vaginally each day

·       Taking 6+ probiotic capsules a day

·       Consuming large amounts of fermented foods and drinks

·       Using a garlic clove vaginally for one night (anecdotal evidence supports that this is very effective)

·       Consuming soda with warm water daily and using it as a diluted rinse. (this is from my friend's idea.)



Lihatlah bagaimana keputihan memberi kesan buruk kepada hidup wanita yang terlibat. Nasihat saya, jagalah pemakanan kepada mereka yang mengalami keputihan. Hindari gula putih, boleh ganti dengan stevia atau gula perang yang asli, gula perang organik, molasses. Amalkan vco a.k.a minyak kelapa dara setiap hari dan amalkan juga diet probiotic.


Jujur saya katakan, setelah saya mengamalkan gaya pemakanan seperti yang saya beritahu itu, saya membuat test swab vagina dan doktor mengesahkan saya bebas GBS. Alhamdulillah. sejak saya mengamalkan diet probiotik, saya tidak lagi mengalami keputihan alhamdulillah.


Bertindak untuk masa depan yang lebih bahagia:)




Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !






Sumber: Zizi Azlinda

Tuesday, 20 February 2018

Tips Penjagaan Alat Sulit Wanita


Kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita tidak boleh dipandang ringan oleh semua wanita.  Ini disebabkan sifat Cik V yang sensitif kepada keadaan sekitarnya dan senang dijangkiti kuman.  Kebersihan Cik V perlu dijaga kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran haid, hubungan seks dan kehamilan.  Senang cakap, Cik V adalah aset penting bagi semua wanita.  Sebagai aset, haruslah ia dijaga dengan baik supaya sentiasa bersih dan sihat.


Kecantikan dalaman akan mengeluarkan persona dari dalam dan tampil lebih yakin.


Fakta dari Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa 90% daripada wanita mengalami masalah dengan Cik V mereka.  Di antara masalah yang lazim ialah kegatalan di sekitar Cik V, keputihan tidak normal, bisul dan jangkitan saluran kencing atau kencing kotor (urinary tract infection).  Kebanyakan masalah ini berpunca daripada penjagaan kebersihan dan kesihatan Cik V yang tak sempurna.





Penjagaan Alat Sulit Wanita Amat Penting Untuk Keselesaan


Mesti tak selesakan kalau anda mengalami kegatalan di sekitar Cik V.  Atau keputihan anda berbau dan banyak.  Kalau kena UTI pula, aduh… sakitnya.  Kegiatan harian anda boleh terganggu bila Cik V ada masalah.  Mood pun melayang, kan?  Jadi, mari saya kongsikan beberapa tips penjagaan Cik V untuk mendapatkan Cik V yang sihat.

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !



Tujuh Tips Penjagaan Alat Sulit Wanita


  1. Bilas bahagian luar dan dalam Cik V dengan air bersih selepas buang air kecil atau besar. Elak gunakan tisu basah kerana dikhuatiri tidak dibersihkan dengan betul dan boleh mengakibatkan jangkitan kuman.
  2. Elakkan dari menggunakan sabun mandi untuk mencuci Cik V kerana sabun mandi boleh menyebabkan kulit di sekitar Cik V menjadi kering dan akhirnya mengakibatkan masalah iritasi kulit (skin irritation).
  3. Jangan melakukan douching – memasukan jari atau pancutan air ke dalam faraj untuk membersihkan bahagian dalam faraj kerana perbuatan ini akan menyingkirkan bakteria loctobacilli dari faraj.
  4. Tukar tuala wanita dan alas seluar dalam (pantyliner) dengan sekerap yangmungkin. Ini dapat mengelakkan pembiakan kuman yang mudah tersebar melalui darah ketika kedatangan haid dan alas seluar dalam yang sering ditukar juga membantu menjaga Cik V dari masalah kuman.
  5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, cuci Cik V sebelum dan selepas hubungan kelamin.
  6. Buang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan kelamin untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
  7. Pakai seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas (cotton). Elakkan pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL beberapa saat!! Terbukti BERKESAN!... KLIK SINI SEGERA !




Sumber: Hariz